Insiden pergaduhan Penjara Sungai Buloh

Pada 12 Jun 2009, lima banduan menyerang seorang banduan lain. Pergaduhan itu kemudian disertai 18 banduan lain. Inspektor Penjara yang bertugas, Awang Sharin cedera di tangan ketika cuba meleraikan pergaduhan itu.[3]

Penyelaras Suaram Tah Moon Hui mendapat maklumat bahawa sejumlah 20 banduan digari dan dibelasah oleh 10 pengawal penjara.Enam orang banduan cedera parah selepas dikatakan dibelasah oleh pengawal penjara .14 banduan yang turut cedera, tidak diberi rawatan perubatan.[4]

Pada 15 Jun 2009, Pesuruhjaya Suhakam, Datuk N. Siva Subramaniam menyatakan Suhakam telah meneliti rakaman kamera litar tertutup (cctv) yang dipasang di tempat kejadian. Pergaduhan yang dipercayai berpunca akibat perebutan siaran televisyen di penjara itu menyebabkan empat orang banduan mengalami kecederaan serius, sementara yang lain mengalami cedera ringan.Inspektor Penjara yang bertugas, Awang Sharin cedera di tangan ketika cuba meleraikan pergaduhan berkenaan.Empat daripada banduan itu dipercayai cedera di kepala akibat dipukul dengan cota oleh pegawai penjara yang bertugas.Peraturan penjara membenarkan cota digunakan bagi melindungi diri jika keadaan terancam atau apabila keadaan memerlukan mereka untuk berbuat demikian.Banduan yang cedera telah dirawat oleh doktor penjara sejurus selepas kejadian tetapi telah dirujuk ke Hospital Sungai Buloh dua hari kemudian atas desakan keluarga mereka.[5]